Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Cerpen Tingkatan 4)


Cerpen Munsyi : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Cerpen Tingkatan 4)


Latar

Latar Tempat

(a)  Rumah Mel.

(b)  Rumah Munsyi.

(c)   Kampung Mel, iaitu Mel dan Bondanya menetap di situ.


(d)  Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu.

(e)  Ibu kota.

Latar Masa

(a)  Bulan Mei.

(b)  Beberapa purnama.

(c)   Pada suatu hari.

(d)  Minggu pertama berada di kota.

(e)  Seminggu selepas itu.

(f)    Lebih kurang lima ratus tahun yang lampau.

(g)  Seminggu selepas proses merobohkan rumah-rumah di kampung tradisi.

Latar Masyarakat

(a)  Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun.

(b)  Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri.

(c)   Masyarakat yang berpendirian tegas semasa membuat keputusan.

(d)  Masyarakat yang bijak merancang masa depan.

(e)  Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri.

(f)    Masyarakat yang amanah dan jujur untuk menyempurnakan hajat seseorang.

(g)  Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan.

(h)  Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan ‘pecah dan perintah’.